Filem Wawa Semput ; Selepas filem Adnan Sempit 2, pengarah Ismail Bob Hashim kembali lagi dengan sebuah filem komedi berjudul Wawa Semput terbitan Metrowealth Movies Production Sdn Bhd (MMP) milik David Teo. Wawa Semput mempertaruhkan kesinambungan 3 watak utama daripada Filem Adnan Sempit iaitu Wawa lakonan Yana Samsudin, Bobby (Along Cham Raja lawak), dan Ismat (Angah Raja Lawak).

Filem Wawa Semput | Wawa Semput Movie


Filem Wawa Semput Mengisahkan kesinambungan cinta Wawa dan Bobby yang dikembangkan dari filem Adnan Sempit. Wawa kecewa dengan sikap Bobby yang kembali merempit mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Ismat cuba memenangi hati Wawa dan mengikut Wawa pulang ke kampung. Segala konflik mula ditambah dengan kemunculan Ayuni yang dilakonkan oleh Adibah Yunus telah jatuh cinta terhadap Ismat.